Suka Entry Di Sini???

Saturday, August 31, 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56

TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-56
‘MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH TUMPAHNYA DARAHKU’


 MERDEKA....MERDEKA....MERDEKA....

 SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE-56.. 
‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ 
HARI YANG AMAT BERMAKNA BAGI RAKYAT MALAYSIA... KITA SEMESTINYA BERBANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA KERNA DAPAT MENERUSKAN PENGHIDUPAN DENGAN AMAN DAMAI DAN HARMONI.SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN & MAKMUR..SEMOGA PEMIMPIN KITA TERUS BERJUANG UNTUK KEAMANAN NEGARA & PEMBANGUNAN NEGARA
 
** Hargailah keamanan dan kemakmuran yang telah kita kecapi..bersatu lah untuk masa hadapan yang lebih indah. jangan gadaikan maruah negara semata-mata keinginan peribadi. bila negara hancur masa itu tiada guna perpaduan. selamat hari merdeka yg ke 56..pastikan angka ini bertambah setiap tahun dengan nilai kemanan..









Thursday, August 29, 2013

Wanita mempunyai naluri yang kuat...


Wanita mempunyai naluri yang kuat, jika lelaki yang dia cinta lakukan sesuatu yang salah, dia dapat rasakan.walaupun lelaki itu sorok dlm hati dia.



** naluri seorang isteri.
    husbdku selalu kantoi kalau buat salah....
    jadi, dia kan lebih berhati2...supaya dia x buat salah







Monday, August 26, 2013

Boleh ka nak lupakan...

Lupakanlah Orang yang Telah menyakitimu

Lupakanlah orang yang telah mengecewakanmu

Lupakanlah Orang yang telah membohongimu

Lupakanlah orang yang telah Membuatmu bersedih

Lupakanlah orang yang telah membuatmu menangis

Lupakanlah orang yang telah mendzolimi dirimu

Lupakanlah orang yang telah mengkhianatimu

LUPAKANLAH.. Lupakanlah dan Ma'afkanlah.. Semua kesalahannya..

Hapuslah segala air matamu 
Hapuslah segala kesedihanmu 
Hapuslah segala kekecewaanmu

MA'AFKANLAH SEMUA KESALAHANNYA..

Tersenyumlah.. Karena akan ada Saatnya seseorang yang akan menggantikan kesedihamu dengan kebahagiaan Tangisanmu dengan senyuman Kekecwaanmu dengan ketenangan

Percayalah..!! BAHWA SEMUA ITU AKAN INDAH JIKA SUDAH TIBA WAKTUNYA..

Ya Allah Kami berlindung kepada-Mu dari kejelekan pendengaran kami, dari kejelekan pengelihatan kami, dari kejelekan lidah kami, dari kejelekan hati kami dan dari kejelekan kematian kami. Matikanlah kami dalam keadaan khusnul khotimah, ya Rabb... Aamiinn...


Sumber : fb Kaligrafi


** memaafkan mungkin boleh... tapi nak melupakan... ????

Sunday, August 25, 2013

Petua Masuk Rumah Baru

Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran -Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

.:: ♥| ﺎﻨﺒﺴﺣ ﷲ ﻢﻌﻧﻭ ﻞﻴﻛﻮﻟﺍ |♥ ::.

Saturday, August 24, 2013

Kerana satu kesilapan....

Walau seribu kebaikan kita dah buat, tapi bila buat satu saja silap . Silap yang satu itulah yang akan diingati.

Friday, August 23, 2013

September Giveaway by www.cikyaya.my





  1. Follow blog Yaya dan jangan lupa like page Yaya yang ada kat sidebar tu ye sayang ^_^.
  2. Then klik [ 1 ], [ 2 ], [ 3 ]  (jujur ye sampai habis loading).
  3. Copy paste kod dibawah dan buat tajuk "September Giveaway by www.cikyaya.my"
  4. Tinggalkan link dibahagian komen entri ni sahaja ok ^_^
 
SENARAI HADIAH : 

tempat Pertama, kedua dan ketiga = button bagde dan sebuah novel
10 peserta bertuah = button badge dan buku ilmu agama
5 peserta bertuah = topap RM5 (digi, celcom, maxis)
hadiah akan bertambah jika penyertaan memberangsangkan.
#button badge (limited edition dari www.cikyaya.my) 
senarai peserta akan diupdate 8 Sept 2013 ok



** fyda adim & mira mokhtar jom la join....



Kalau muka cantik tapi perangai buruk, tak guna jugak



Kecantikan diri tidak kekal abadi

Bukanlah untuk selama-lamanya

Jadi… tak perlulah riak atas

Kecantikan diri yang kita miliki


** "Kalau muka cantik tapi perangai buruk, tak guna jugak." 
 






jangan sombong bila dah senang....


Kekayaan harta yang kita miliki

Bukanlah untuk selama-lamanya

Jadi… janganlah sombong atas

Kekayaan harta yang kita miliki



** x yah la nak sombong2… sombong dpt apa?.. bila2 masa  Allah boleh tarik balik nikmat kaya... jadi bila dah kaya tu...tunduk2 la ke bawah... usah mendongak ke langit... 
tu sume ujian Allah..








Thursday, August 22, 2013

Tak sangka secepat ini ALLAH balas....

** satu kisah menarik untuk dikongsi bersama...

Oleh: KHALILAH GUSTI
Tarikh: August 19, 2013

KETIKA saya dan suami berkunjung ke Melaka untuk menziarahi sahabat, kami mengambil peluang singgah ke Kota A Famosa, monumen bersejarah yang menjadi kebanggaan bandar raya pelancongan itu. Selepas puas menaiki beca keliling bandar, kami singgah ke surau di Bandar Hilir untuk Solat Asar. Ketika itu, panas mentari masih terik walaupun sudah menjengah petang. Saya duduk di atas bangku menunggu suami yang saya fikir masih belum keluar dari surau. Rupa-rupanya, dia sudah pun bersembang dengan seorang penarik beca tidak jauh dari tempat saya. Ketika saya menghampiri mereka, perbualan sudah pun tamat. Suami mengiringi langkah pakcik beca itu dengan pandangan seribu makna membuatkan saya hairan dan tidak sabar mahu bertanya.

"Kenapa? Macam serius bersembang?" Soal saya ingin tahu.

Sambil menggeleng-gelengkan kepala, dia mengajak saya masuk ke kereta kerana petang itu juga kami perlu sampai ke Shah Alam atas urusan lain.

“Sembang apa?” Soal saya lagi selepas memasang tali pinggang keledar. Suami masih menggelengkan kepala sambil menjawab,

“Lepas ni, jangan kedekut untuk bersedekah. Malu betul saya dengan pak cik tadi,”

Eh, lain pula yang dia jawab. Saya masih meneka-neka dalam hati. Kenapa pula suami jadi macam ni? Nak tanya lebih-lebih, bimbang terlalu mendesak pula. Akhirnya, saya diamkan sahaja.

Dermakan segumpal wang

Separuh perjalanan suami membuka cerita. Katanya, keluar sahaja dari surau, dia berjalan-jalan untuk melihat orang ramai di situ. Sedang berjalan-jalan, dia disapa seorang kanak-kanak berusia lingkungan 11 tahun.

Kanak-kanak itu menjinjit beg sandang berisi buku agama dan panduan solat sunat. Dia mendekati suami dan seperti yang mungkin anda biasa lalui, dia mempromosikan buku itu atau sekurang-kurangnya minta anda menderma.
Walaupun hairan dengan kewujudan kanak-kanak itu, suami menghulurkan juga RM1 dan menolak untuk membeli bukunya. Dengan langkah berat, kanak-kanak itu beralih pula kepada pakcik beca yang sedang menunggu pelanggan kira-kira 10 langkah daripada suami.

Dari jauh suami memerhati gelagat kanak-kanak itu. Lelaki lewat 50an itu pada mulanya menyerahkan RM5. Tersenyum kanak-kanak itu tadi apabila pakcik beca juga menolak untuk menerima buku daripadanya.

“Pakcik derma saja,” jawab lelaki tua itu.

Selepas kanak-kanak itu pergi, dia menyeluk pula saku seluarnya dan mengeluarkan segumpal RM1 dan RM5. Kalau dicongakkan, mungkin lebih RM20.

“Adik!” Lelaki tua itu menjerit memanggil semula kanak-kanak yang sudah beberapa langkah berlalu darinya. Kanak-kanak itu berpaling dan berlari perlahan mendekati pakcik beca semula.

“Nah ambil ni,” katanya sambil menepuk-nepuk bahu si kecil.
Kanak-kanak itu kelihatan terkejut namun tetap mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan senyuman sebelum bersalam mencium tangan pakcik itu, dan berlalu pergi. Ketika itulah suami yang kehairanan mendekati pakcik beca.

Upah naik beca

Suami memberi salam dan disambut mesra pakcik beca. Apabila suami amati, lelaki itulah yang membawa kami bersiar-siar tadi.

“Saya perhatikan pakcik, mula-mula pak cik beri RM5, lepas tu beri lagi segumpal duit. Banyak tu. Kenapa ye?” Suami bertanya.
Dengan senyuman lelaki tua itu menjawab “Saya kesian.”

Jawapan pakcik itu bersahaja tapi ia membuatkan suami lebih hairan.
“Tapi, pak cik pun kerja bawa beca. Itu pendapatan hari ini ke?” soalnya.

“Tak apalah. Saya ni masih kuat lagi. Boleh bawa beca tu cari duit lain.
Tapi budak macam tu sepatutnya pergi sekolah. Terpaksa cari duit dengan cara macam tu. Apalah sangat akal seorang budak,” jawabnya lagi.

"Tapi, mana tau ada sindiket ke, menyamar ke, atau..." ujar suami yang mahu memberi alasan lain sebelum pakcik itu tiba-tiba memintas kata-katanya.

"Pak cik tak fikir sejauh itu. Ia urusan ALLAH. kita doa yang baik-baik saja pada mereka," jawabnya.

Suami terpempan dengan jawapan pakcik beca. Melihat pakcik beca mahu berlalu, suami hulur sedikit wang kepada pakcik itu, tapi dia menolak. Suami paksa juga sambil bersalam dan menyelit wang di celah-celah tangannya.

“Pakcik anggap saja sebagai upah bawa saya dan isteri naik beca tadi,” kata suami memujuk pak cik itu untuk menerima pemberiannya.

Dengan senyuman pak cik itu menjawab, “Pakcik sedekah tadi ikhlas dan tak minta balasan. Tak sangka secepat ini ALLAH balas sedekah pakcik,” katanya.

Kenyataannya buat suami rasa terpukul apatah lagi membandingkan kemampuan kami dengan pak cik beca yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang itu. Saya pula kelu seribu bahasa.

Memang betul kata pakcik itu. Kadang-kadang, bila ada yang minta sedekah, ada saja suara hati yang melarang dengan kata-kata seperti mungkin sindiket, kenapa tak kerja, duit hanya cukup untuk bulan ini dan pelbagai alasan lain yang mengehadkan saya daripada bersedekah.

Teringat pesan emak, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. Banyakkan memberi walaupun hanya RM1. Anda bagaimana? Setiap detik yang kita lalui itu ketentuan ALLAH. Dia menghantar kanak-kanak kecil menjual tasbih mahupun buku untuk menguji kita. Untuk memberi kita peluang berbuat pahala dan mengurangkan dosa.

Anggap saja, mungkin kita sudah lama tidak bersedekah hingga ALLAH datangkan mereka betul-betul di hadapan mata. Soal sindiket atau tidak, tipu atau sebagainya, itu bukan urusan kita. ALLAH Maha Mengetahui.

__._,_.___




Friday, August 16, 2013

hidup umpama roda berputar....

assalamualaikum....

hidup ini umpama roda berputar... kejap kita di atas... kejap kita di bawah...berputar dan terus berputar... apabila kita berada di atas jangan lupa tidak selamanya kita akan berada diatas... ada masanya kita akan berada di bawah juga... begitulah hidup kita sebagai manusia... 

kadang suka kadang duka, 
kadang senang kadang susah, 
kadang sihat kadang sakit, 
kadang senyum kadang masam, 
kadang gembira kadang sedih...

disebabkan bulatnya roda juga kadang2 kita selalu leka bila kita berada di atas... tapi apabila kita kembali kebawah kita diuji dengan bermacam2 kesukaran, kegagalan dan kekecewaan..... semuanya ditetapkan Allah...

jangan mudah lupa diri, sombong dll..
ingat.. bahawa nasib kita boleh berubah dalam sekelip mata tidak kira betapa hebatnya kita di mata dunia kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa diatas segala2nya....

** peringatan untuk diri sendiri yang selalu lupa dengan nikmat yang Allah kurniakan...







Thursday, August 15, 2013

Allah itu Maha Adil

** Keadilan Allah yang  sering kita lupa...

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya.

~ Dipetik dari AbdulRaouf Jesperi ~


~hebatnya sedekah~


Sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( Hadis Riwayat Tabrani )








Ya ALLAH berikanlah suamiku kemudahan rezekinya..


Berdoalah pada hari ini...

Dengan lafaz بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ

"Ya ALLAH berikanlah suamiku kemudahan rezekinya...jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah...jika masih ada dilangit maka segera turunkanlah untuknya...jika tertahan didasar bumi hanya ENGKAUlah yang mampu mengeluarkannya. Ya ALLAH...berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu ini agar dapat membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia dan akhirat...Ya ALLAH...Ya Rahman...Ya Rahim...Aamiin ya Rabbal'alamin."



sumber :  DOA @ Rahsia Perkahwinan







Wednesday, August 14, 2013

Tika....



PERKONGSIAN DARI PUAN FELLINA

sumber : KASIH SUCI Insaniah
Ingatlah,

mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.

mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.

mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.

Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian.

Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain.

Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.

Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.

** Terima kasih atas PERKONGSIAN DARI PUAN FELLINA OFFICIAL PAGE..

Kata2 penuh bermakna buat kite semua..sebagai HambaNya...







Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri.... Maaf zahir batin.....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Semoga Ramadan yang dilalui sekarang dan akan berakhir sehari dua lagi akan lebih baik dan bermakna daripada Ramadan tahun lalu. Sama-samalah kita memohon amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadan ini diterima serta mendapat ganjaran pahala.

Semoga kita diberi peluang untuk menemui semula Ramadan pada tahun hadapan supaya dapat memperbaiki atau meningkatkan lagi kualiti pengisiannya agar menjadi yang lebih baik. Mungkin banyak kekurangan yang berlaku pada tahun ini.

Pada kesempatan ini juga sepuluh jari disusun memohon maaf sekiranya selama ini terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan samaada secara sengaja ataupun tidak sengaja...
Selamat jalan Ramadan, selamat datang Syawal.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin.

Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...