Suka Entry Di Sini???

Thursday, October 31, 2013

Simple Giveaway by Nik Ainaa



http://nikainaa.blogspot.com/2013/10/simple-giveaway-by-nik-ainaa.html

Tarikh tutup : 03/11/2013









stop complaining


# Petua untuk ibubapa kekal damai & bahagia

Untuk kekal damai dan bahagia kita mesti berhenti merungut (stop complaining) tentang tingkah laku orang lain, keadaan atau peristiwa atau apa sahaja yang membuat kita rasa tidak gembira, dukacita atau murung. Selalu kita dengar ibubapa merungut tentang tingkah laku anak-anak, tentang pasangan, tentang pelajaran anak-anak, tentang belanja yang tidak pernah cukup, tentang kerjaya, tentang kereta, tentang diri sendiri, tentang keluarga.

Apa yang pasti, tiada sesiapa yang boleh membuat kita rasa tidak gembira, tiada keadaan yang boleh menyebabkan kita berduka atau rasa teruk melainkan diri kita sendiri yang membenarkan ia berlaku kepada diri kita. Secara mutlak kita tidak dapat mengawal semua keadaan yang di luar dari diri kita sendiri, tapi kita yang mengawal bagaimana emosi dan reaksi kita terhadap keadaan tersebut.

Sentiasa tanamkan sifat ikhlas, tenang, berfikiran positif dan cuba elakkan prasangka negatif. Perhatikan emosi dan reaksi kita setiap masa, itu adalah langkah penting kepada kawalan kendiri yang berkesan.

Bila kita berhenti merungut bukan bermaksud kita berhenti mengambil berat tentang apa yang menjadi tanggungjawab kita. Kita masih melakukan tanggungjawab yang sama cuma dalam keadaan minda yang lebih ikhlas, positif, lebih ceria dan gembira.

"Seorang yang kukuh keyakinannya kepada Allah tidak sekali merungut atas tingkah laku orang lain" - Moinuddin Chishty (R.A.)


Sumber & LIKE --> Ibubapa Cemerlang

Wednesday, October 30, 2013

Hidup tidak selalunya indah... Langit tak selalu cerah...


Lukisan Alam – Hijjaz



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan

Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu








Lakukan... Sebelum terlambat...


** pada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah... Hargailah mereka selagi mereka masih ada...



Fb : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah


As salamu'alaikum shbt yg di rahmati Allah SWT. Syurga di bwh telapak kaki ibu & di bawah redha (bkn di bwh kaki) suami. Antara cara nak pamer syg kpd ibu:

1. Sentiasa mendoakan ibu agar dpt redha Allah

2. Elak buat ibu menangis sbb sedih, kecil hati atau marah. Jika ibu menangis sbb bahagia & redha, maka air mata ibu akan memadamkan api neraka yg nak membakar anaknya!

3. Gembirakan hati ibu dgn memberi hadiah (sebarang benda yg ibu suka)

4. Setiap hari lahir anak yg dah dewasa, beri hadiah kpd ibu tanda kita bersyukur di lahirkan ibu ke dunia. Jgn harap hadiah drp ibu!

5. Bantu ibu drp segi kewangan mengikut kemampuan anak. Elak terlalu berharap kpd adik beradik yg lain!

6. Fahami perubahan usia ibu. Dia tak mcm dulu lagi. Org tua akan jadi lebih sensitif, kurang tenaga, mudah sakit & minta di manja

7. Elak bebani ibu dgn masalah kita

8. Damaikan ibu dgn sesiapa yg beliau kecil hati

9. Bawa ibu ke majlis ilmu

10. Biayai ibu utk tunaikan haji & umrah. Pakat dgn adik beradik agar ringan beban kewangan

11. Berhikmah jika nak sampaikan berita sedih kpd ibu

12. Lakukan ibadah wakaf utk ibu setakat kemampuan

13. Jaga rahsia ibu & elak permalukan ibu!

14. Lebihkan ibu drp isteri atau sesiapapun. Isteri kena lebihkan suami tapi jagalah hati ibu jgn terguris.

15. Berlapang dada terhadap teguran, nasihat atau kerenah ibu

16. Didik anak agar tak menyusahkan ibu mu (nenek mrk)

17. Ziarah atau telefon ibu sekerap mungkin

18. Sentiasa mohon maaf drp ibu, takut2 ibu pergi dulu

19. Tegur & nasihati ibu dgn cara yg paling hikmah agar ibu tak kecil hati

20. Jgn sesekali merendahkan atau memperkecilkan ibu

21. Mohonlah izin & doa drp ibu sblm bermusafir

22. Sediakan telefon yg mesra pengguna utk ibu-- masukkan software Quran yg jelas & mudah ibu baca

23. Hubungkan ibu dgn kwn2nya

24. Eratkan hub dgn adik beradik agar IBU BAHAGIA

25. Peka kpd "hajat" ibu yg sering tak terucap, sbb ibu tak mahu menyusahkan anak2

26. Seboleh2nya, carilah rumah berdekatan dgn rumah ibu

27. Sentiasa ucap terima kasih kpd ibu

28. Hebatkan diri agar jadi kebanggaan kpd ibu

29. Prihatin terhadap kesihatan ibu

30. Byk bersedekah atas nama ibu

31. Yakinlah walau apapun khidmat yg kita berikan, TIDAK AKAN TERBALAS JASA IBU Ada beribu lagi perkara yg boleh kita lakukan utk pamer sayang kita kpd ibu. 

Moga Allah Rahmati kita semua & dpt berbakti kpd ibu hingga hujung nyawa. Aameen, wassalam.



**Semuanya tinggal kenangan... X byk yang dapat anakmu lakukan kini.. Hanya doa mengiringi mu buat mak dan pak.... Alfatihah buat aruah mak dan pak...













Monday, October 28, 2013

Mega Giveaway By Iman Zakaria & Faris Farizat



selamat ber GA buat Iman & Faris....
klik banner



antara hadiah2nya...
 
Ha' Giveaway kali ni agak gempak sikit sebab hanya 

penganjur jerp yang sponsor. Syarat pun mudah & hadiah lumayan :3

1. Pendrive Hello Kitty 8GB x1 By Faris Farizat

2. Patung Minion : Despicable Me 2 x1 By Iman

3. Powerbank Minion : Despicable Me 2 x1 By Iman

4. MP3 x1 By Faris Farizat

5. Novel : Love You Mr. Arrogant By Iman

6. Topup RM30 x1 By Faris
7. Review + Iklan Special x1 By Iman 
8. Review Blog x5 By Faris









Doaku hari ini

Assalamualaikum...

Semoga hari ini lebih baik dari  semalam.... Aammiinnnn.

2 Resipi - Baik untuk ginjal

sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Baikuntukginjal/Article/index_html


Hidangan yang sihat tidak perlu kalah daripada segi rasa, malah dengan sedikit kreativiti dan menukar bahan yang kurang baik kepada kesihatan dengan pilihan lebih sihat, makanan boleh menjadi enak dan menyelerakan.

Semua orang tahu makanan yang terlalu manis atau masin tidak baik untuk kesihatan, namun ramai yang tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan makanan yang sihat, tetapi tetap lazat.

Sehubungan itu, Hospital Kuala Lumpur dengan kerjasama Abbvie Sdn Bhd mengambil langkah menerbitkan buku Resipi Pesakit Dialisis 2013 yang mempromosi cara pemakanan yang lebih sihat dan mudah disediakan.

Di sini ditampilkan dua resipi menu ayam yang boleh dicuba dan tidak memudaratkan kesihatan seseorang terutama mereka yang berhadapan dengan kerosakan buah pinggang.





Foto




Resipi 1
Ayam Goreng Kunyit (hidangan untuk empat orang)

Bahan-bahan:
4 ketul ayam (bahagian dada, dipotong kasar)
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
1 batang lobak merah dipotong memanjang
1 cawan kacang buncis
2 biji cili hijau dihiris

Bahan-bahan A (bahan tumis)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Bahan-bahan B (bahan perasa)
2 sudu makan serbuk ­­kunyit
1/2 sudu teh jintan manis(biji)
1/2 sudu teh jintan putih (biji)
1/4 sudu teh garam

Cara Penyediaan:
1. Rebus ayam sehingga masak dan buangkan air rebusannya.
2. Panaskan dua sudu makan minyak masak dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan daging ayam yang telah direbus diikuti dengan lobak merah, kacang buncis dan cili hijau.
4. Masukkan bahan perasa dan goreng seketika.
5. Goreng sehingga sayur empuk. Sedia untuk dihidangkan.

Kandungan nutrien (bagi setiap hidangan): Kalori (221kcal), karbohidrat (9g), protein (15g), lemak (14g), sodium (150mg), potasium (348mg) dan fosfat (166mg).







Foto
AYAM BBQ

Resipi 2
Ayam BBQ (hidangan untuk empat orang)

Bahan-bahan:
4 ketul ayam

Bahan A (bahan kisar)
1 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar (kisarkan)
1/2 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar

Bahan B (bahan perasa)
1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
4 sudu makan gula pasir

Cara Penyediaan:
1. Basuh ayam dan perap semalaman dengan bahan kisar dan bahan perasa.
2. Bakar ayam yang telah diperap dalam ketuhar pada suhu 150∞C selama 30 minit atau hingga masak.

Kandungan nutrien (untuk setiap hidangan): Kalori (203kcal), karbohidrat (11g), protein (29g), lemak (4g), sodium (372mg), potasium (368mg) dan fosfat (232mg).





















Segmen 1Minggu Blog Budak Perempuan Merapu Merepek

 assalamualaikum... jom sama2 kita ber GA...

TAG :


Assalamualaikum awak...
 
 okay okay okay saya tahu saya dah lama x update blog ni.. jangan mara okay... awak msti bosan kan asyik2 saya post benda2 poem yg tak berapa puitis, alaa konon nak buat post dgn word power  macam Fynn Jamal or BSA. tp saya xsepuitis dorang.. hehee 
okay2 sebenarnya saya nak cari bloglist baru untuk blog saya ni.. so saya ingat nak buat segmen.. agak2 ada yang nak join x? yelaa saya kan bukan blogger HOT.. ade ke yang nak join? 
Sapa yang join segmen saya nanti ada lah beberapa syarat yang kalian kene buat.. syarat yang mudah dan simple sangat.. Disebabkan saya tak pernah buat segmen, so untuk segmen pertama anjuran saya ni akan berlangsung selama seminggu.. ada hadiah misteri untuk 5 penyertaan yang bertuah.. 
okay sapa yang nak join segment ni boleh lah ikut syarat2 dibawah.

1 . buat 1 post bertajuk"Segmen 1Minggu Blog Budak Perempuan Merapu Merepek".
2 . Letakkan banner diatas pada post tersebut.
3 . ceritakan sedikit tentang blog Budak Perempuan Merapu Merepek. (tiada paksaan.. kalau xnk citer pn xpe )
5 . KLIK  SINI , SINI , SINI , SINI , SINI dan SINI (TUNGGU SAMPAI ABES LOADING YE)
6 . kemudian tag n ajak kawan2 yang lain untuk join segmen ni.. seberapa ramai yg boleh.. 
7 . akhir sekali tinggalkan link post tersebut di ruangan komen... 
*psst psst : risaunya kalau xde yg nak join.. :( 
*seminggu je taw.. 7 hari,, so akan tamat pada 29oktober 2013..
*jom lah join.. ajak kawan2 taw.. 

 

Friday, October 25, 2013

Kematian itu sentiasa mengintai


Kematian itu sentiasa mengintai. 
Kita tidak tahu bila ia akan merentap nyawa orang yang kita sayang. 
Jika terdetik di hati atau terlintas di fikiran untuk mengucap rasa sayang, 
atau menelefon bertanyakan khabar kepada orang yang kita sayang sama ada ibu bapa, isteri, suami dan sahabat, maka lakukanlah ia sekarang. 

Kita tidak tahu adakah dalam tempoh sehari, sejam atau seminit akan datang, kita masih lagi mempunyai kesempatan untuk menghargai orang yang begitu bermakna dalam diri kita.
 









Senyum...


Jika kita senyum pada cermin, pantulan senyumanlah yang kita dapat, begitu juga jika kita sedang berhadapan dengan orang lain. Mulailah kebaikan dari diri sendiri...

•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupakan •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥•
•.♥•sesungguhnya senyuman itu menunjukkkan ketabahan dirimu..•.♥•


insya Allah Senyum.... ^__^

FB: Motivasi Diri



 

Thursday, October 24, 2013

duri

sumber : fb Motivasi Diri
Jangan dianggap remeh. Meskipun ianya kecil.
 












Jangan sampai berbalik pada diri...


"Sehina-hina orang yang dihina, lagi hina orang yang menghina sebenarnya. Jangan sampai apa yang dihina berbalik pada diri" - Ustaz Kazim Elias


Pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat..



Allah merahsiakan masa depan, untuk menguji kita agar berprasangka baik, merencana dengan baik, berusaha yang terbaik, serta bersyukur dan bersabar.. ...

Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat..
Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat.. :)




Wednesday, October 23, 2013

Blog Giveaway!aku.bukan.nobita.


sila klik banner

Tag :

Hadiah apa ye yang menanti 3 pemenang bertuah?

Jom tengok!

1. Dua Helai Tudung bawal Pelangi yang AWESOME!
2.Top-up RM10(valid untuk semua rangkaian di Malaysia)
3.review blog at PRINCESS DALAM CERMIN
 







Tuesday, October 22, 2013

Hadiah menang GA “ September Giveaway By KasihLestariAbadi ”


Assalamuaalaikum….


Mulakan hari ini dengan senyuman… semoga hari ini lebih baik dan lebih bermakna dari hari2 semalam… Syukur alhamdulillah… 
semuanya kembali sihat seperti sediakala.. setelah hampir seminggu anak beranak x berapa nak sihat akibat demam, batuk, muntah & cirit birit… 
hanya Allah yang tahu macamna perasaan menghadapi keadaan bilamana anak2 tidak sihat… 
air mata teman setia tak kala anak2 sudah diulit mimpi…



Apa yang nak dikongsikan arini….

Alhamdulillah.. semalam dah dapat hadiah dari segmen :


September Giveaway ByKasihLestariAbadi 


inilah hadiahnya :-




Terima kasih x terhingga buat KasihLestariAbadi … sebab sudi pilih blog saya sebagai pemenang untuk GA kali ni..... X sangka GA kedua masuk boleh menang la pula… walaupun hadiah ni kecik dan x seberapa di mata orang lain.... tapi.,, pada mata saya ia amat berharga… rasa macam satu penghargaan pula… bukan senang nak menang tau…. Orang yang pernah sertai GA saja yang tahu apa perasaannya bila dah menang… 



20. Pensil Zebra x 1 pemenang


 









Monday, October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

jom sama2 kita join segmen ni.....


Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...











Wednesday, October 16, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

JOM SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN SEGMEN NI....


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





syarat-syarat wajib :


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk : Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini
















Gempak Giveaway Red Delima Di Nabilabiela.com

assalamualaikum... jom ramai2 kita join segmen ni...

SENARAI HADIAH

Telekung solat x 3
Beg x 3
Selendang/Pashmina x 5
T-Shirt x 10

Pemenang boleh pilih sendiri hadiah di laman www.reddelima.com setiap satu di

Kategori 'Sleepwear.'
Kategori 'Officewear'.
Kategori beg.
Kategori 'Accessories'.
Kategori 'Scarf."





Salam Aidiladha - Hari Ke-2

Hari ke-2

╭⌒╮ ╭⌒╮
╭⌒╭⌒╮╭⌒╮
,︶︶︶︶ ︶~~
╬ ╱◥███◣
╬ ︱田︱田 田 ︱╬╬╬ ..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha...


Menangislah selalu...

Menangislah selalu
nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk
belum tentu diterima
Kita patut selalu pilu
mengenang nasib sendiri
Kematian belum tentu
apakah dalam iman
Ataupun sebaliknya

Kita patut selalu pilu
walaupun kita beramal
Belum tentu diterima
Walaupun dalam petunjuk
apakah sampai kehujung
Kita tiada masa ketawa
Walaupun kita bertaubat
belum pasti diterima

Menangislah selalu
Penutup umur kita belum tahu
Pintalah kepada Tuhan
agar petunjukNya sampai ke sudah

Menangislah selalu
nasib kita belum tahu
Walaupun dalam petunjuk
belum tentu diterima
Walaupun dalam petunjuk
belum tentu diterima

Menangislah selalu by Mawaddah

Tuesday, October 15, 2013

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H

Selamat Hari Raya Aidiladha 1434H. Maaf zahir dan batin

syukurilah segala nikmat yang kita perolehi....

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha

Hikmah di Sebalik Sambutan Aidil Adha

Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianyalanjut, hasil perkahwinannyadengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.

Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.

Sumber : http://www.ikim.gov.my/index.php/en/artikel/7820-hikmah-di-sebalik-sambutan-aidil-adha

Written by Mastura binti Mohd Zain. Posted in Artikel

Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah












Sunday, October 13, 2013

Kelebihan Puasa Hari Arafah

TAZKIRAH

Barangsiapa yg berpuasa pada hari Arafah (iaitu Isnin 14 Oktober), ia seolah-olah melakukan ibadah selama 2 tahun

DAN

Barangsiapa yg memberi peringatan ttg perkara ini kpd org lain, bersamaan dgn pahala bersolat selama 80 tahun.

Thursday, October 10, 2013

Jatuh..... Bangun..... Jatuh...... Bangun..... Jatuh........ dan Bangun lagi.....

Jatuh..... Bangun.....
Jatuh...... Bangun.....
Jatuh........ dan Bangun lagi...

Macamtulah kehidupan manusia. Jatuh dan bangun memang tak dapat dipisahkan. Saat kita Jatuh itu merupakan suatu ujian buat kita.

"kenapa aku diuji?".

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan 'kami telah beriman', sedangkan mereka tidak diuji lagi?"
[Al-Ankabut : 2]

'kenapa aku diuji seberat ni?'

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
[Al-Baqarah :286]

** sabar menghadapi sebarang ujian...

Sunday, October 6, 2013

~ jangan dilukai hatinya ~

Ibu,
Insan yang bersusah payah melahirkan kita
Jangan dilukai hatinya
Walaupun kadang2 kata2nya
Melukai hati kita
Anggaplah itu hanyalah khayalan...

** mood sedih.. Baru sudah tgk Jangan Dilukai Hatinya astro 106.. Rindu kat mak.. ALFATIHAH buat aruah mak. "Tempatkanlah ibuku dikalangan orang beriman...  Amiinn..."

Di Manakah Dosa-Dosa kita Diletakkan ALLAH SWT Saat Kita Sholat..??


Sumber Fb WartaDakwah

Di Manakah Dosa-Dosa kita Diletakkan ALLAH SWT Saat Kita Sholat..??

Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya jika seorang hamba sedang sholat, ia datang membawa dosa2nya dan ALLAH SWT meletakkan dosa2nya itu diatas kepala atau pundaknya. Maka setiap ia ruku' atau sujud dosa2 itu jatuh berguguran..!!
(HR. Ibnu Hibban dinyatakan shahih oleh Syaikh Syu'aib Al-Arnauth, Kanzul Ummar 7/287)

SUBHANALLAH..

Semoga kita dapat mengambil pengetahuan dan bernilai ibadah, dan semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati kita yg telah lama lalai dalam beribadah, sebesar apapun dosa kita ALLAH menerima taubat hamba-Nya. Dan ALLAH mengampuni dosa2 kita. Aamiin..

YA ALLAH..
~> Muliakanlah orang yg membaca status ini..
~> Entengkanlah kakinya untuk melangkah ke masjid..
~> Lapangkanlah hatinya..
~> Bahagiakanlah keluarganya..
~> Luaskan rezekinya seluas lautan..
~> Mudahkan segala urusannya..
~> Kabulkan cita-citanya..
~> Jauhkan dari segala musibah..
~> Jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan mungkar..
~> Dan dekatkanlah jodohnya

Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Saturday, October 5, 2013

AYAT 200 SURAH AL-IMRAN



Friday, October 4, 2013

Bila nak marah... diam sekejap...

Berfikir dulu sebelum nak marah... 
samada ia mendatangkan kebaikan atau keburukan...











15 tips untuk murah rezeki daripada Ustazah Siti Nor Bahyah


** jom kita kongsi bersama..








7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami

perkongsian dari fb : Islam Agamaku Selama Lamanya

Terdapat 7 tanda-tanda awal isteri derhaka kepada suami.

1 - Menghina atau mengumpat suami

Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri. Jika membuka rahsia suami dianggap menjejaskan kewibawaan suami, apatah lagi menghina atau mengumpat suami.

2 - Mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain

Sifat ini terlalu berat dan buruk untuk ditanggung oleh seorang suami. Si isteri tidak sepatutnya dalam apa keadaan sekalipun mengherdik dan menceritakan kelemahan serta kekurangan suami pada orang lain. Adalah sepatutnya kita sebagai isterisentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah saw bersabda :
Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah.

3 - Isteri keluar rumah tanpa kebenaran suami

"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4 - Isteri mendoakan kecelakaan buat suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang sentiasa mendoakan kebaikan, kesejahteraan dan rahmat Allah swt bagi suaminya dan bukannya sebaliknnya.

5 - Membenci kegemaran suami

Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami adalah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga. Tiada siapapun yang menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allaw swt yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya. Sememangnya ada ketika dan masa kita rasa kehendak kita sebagai isteri tidak dipenuhi sewajarnya. Namun yang demikian itu tidak bermakna kita dengan sewenang-wenangnya berhak menafikan kesukaan atau kegemaran si suami.

Firman Allah :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa : 34)

6 - Menjadi tekanan kepada suami

Tidak dinafikan keadaan ekonomi hari ini adakalanya mampu memberi impak besar kepada sesebuah institusi kekeluargaan. Namun begitu, si isteri perlu bersikap bijaksana dan rasional dalam mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami. Di samping itu juga, adalah lebih baik jika si isteri sama-sama membantu menguruskan rumahtangga agar ini dapat mengurangkan tekanan kepada si suami.

Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya.
(Riwayat Ibnu Majah)

7 - Mengungkit-ungkit janji suami

Redha dan bersyukurklah dengan setiap pemberian suami. Sesungguhnya itulah nikmat dan rezeki yang terbaik bagi isteri.

Sabda Rasulullah saw :
"Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah saw ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw bersabda dan bermaksud :
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)

InsyaAllah mudah2an pembacaan ini ada manfaatnya dan sungguh berhikmah.







Thursday, October 3, 2013

SELAMAT HARI LAHIR KE-1 TAHUN


Selamat Hari Lahir buat Muhammad Iqram bin Muhd Zailani yang ke 1 tahun....

Semoga adik dikurniakan kesihatan yg baik, dipanjangkan umur, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat....

Tiada apa yg lebih menggembirakan hati emak dan ayah selain melihat anaknya membesar dengan izinNya sempurna di depan mata! Terima kasih Ya Allah, Kau berikan permata hati ini untuk kami.... 

Syukur Alhamdulillah...



** teringat kembali saat2 melahirkan Iqram setahun yang lalu..
    kenangan yang tak dapat dilupakan... tepat jam 10.45 pagi 03.10.2012..
  







Tuesday, October 1, 2013

SABAR ITU SUSAH TAPI INDAH..


SABAR ITU SUSAH TAPI INDAH..

Jadikanlah SABAR seperti sabarnya ulat yg menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu2 yang indah..

Jadikanlah SABAR seperti sabarnya kaktus yg bertahan dipadang pasir yg panas menanti mekarnya kuncup bungai sebagai penghiburnya..

Jadikanlah SABAR seperti sabarnya bumi menanti hujan yg turun dari langit untuk menumbuhkan biji2an dalam perutnya, SABAR..

Bukan bererti lemah.. Bukan pula bererti kalah..

Justeru SABAR..... Adalah benteng keselamatan dari keputusasaan, bertawakal atas segala ujian dari-Nya..

Copy & paste dari Fb : Motivasi Diri


rindunya.... DOA SEORANG IBU..




"Dan apabila MATA IBUmu sudah TERTUTUP, maka HILANGlah satu KEBERKATAN di sisi ALLAH, iaitu DOA SEORANG IBU.."














Mini Giveaway By Wada


Mini Giveaway By Wada

sila klik banner




Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...