Suka Entry Di Sini???

Wednesday, January 29, 2014

sembunyikanlah.....

assalamualaikum... dan salam sejahtera....

**tertarik ngan satu status di fb... jom kita kongsi bersama... 
baik buruk jadikan pengajaran...
 
Yang Sudah Tu Sudah La..

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dalam diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. melancong kesana kesini, upload gambar..anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang tidak seberapa..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..

Yang Sudah Tu Sudah La..








Monday, January 27, 2014

Tips kempiskan perut mudah


Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.

Jaga pemakanan
Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.

Berhenti makan lewat malam
Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.

Tinggalkan makanan & minuman ringan
Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin.

Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.

Lakukan senaman kardio
Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!


sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-kempiskan-perut-mudah-024928964.html








Tuesday, January 21, 2014

Anak kita adalah cermin diri kita……..




Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...



sumber dari fb seoarang teman....








Monday, January 20, 2014

tip utk bahagiakan rumahtangga - Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah


Dari FB : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt yg di hormati. Ramai sgt yg mohon tip utk bahagiakan rumahtangga. Saya postkan semula tip utk bahagiakan rumahtangga:

1.Taat perintah Allah, terutamanya menjaga solat fardhu & sunat.

2. Kenali pasangan dgn mendlm- buat apa yg dia suka & elak melakukan apa yg dia benci. Apa yg kita kenal sblm kahwin sering berbeza dgn situasi selepas kahwin.

3. Byk tolak ansur & cuba fahami pasangan-- suami fahami persepsi wanita & isteri cuba fahami persepsi lelaki. Persepsi lelaki & wanita amat berbeza!

4. Berlapang dada & boleh terima teguran pasangan. Tegurlah dgn hikmah. Puji kebaikannya sblm menegur kesilapannya! Ramai di antara kita yg tak boleh di tegur!!!

5. Sentiasa redha meredhai sbb kita tak sempurna. Suami & isteri punyai kelemahan masing2.

6. Tolong menolong-- terutamanya suami, bantulah kerja rumah.

7. Jadi jiran yg baik agar semua jiran syg kpd kita.

8. Suami usha utk tampankan diri & isteri cantikkan diri semata mata utk pasangan, baru ngam!

9. Bentuk sifat tawaduk. Sifat ego yg sering robekkan rtangga.

10. Sering bergurau senda & buat lawak (lawak bodoh pun takpe).

11. Cemburu yg bertempat, tanda beriman. Elak cemburu buta.

12. Mendorong & memotivasikan pasangan utk majukan diri.

13. Sentiasa didik mendidik & pesan memesan. Insan mudah lupa.

14. Cari titik persamaan sbg pengerat kasih syg. Ikut kajian: pasangan bahagia punyai lebih drp 13 persamaan!

15. Sentiasa maafkan pasangan sblm tidur. Elak tidur dlm keadan marah atau rajuk. Malaikat rahmat akan tinggalkan rumah kita.

16. Bentuk ritual romantik sbg pemangkin kasih syg.

17. Jadi cermin yg jujur kpd pasangan. Jgn biarkan kemungkaran.

18. Jadi perawat yg setia kpd pasangan-fizikal, mental, rohani.

19. Sentiasa membelai & memuji & menghargai pasangan.

20. Sentiasa berkomunikasi secara berhikmah & menyejuk jiwa.

21. Usha agar menjadi kebanggaan pasangan- serlahkan kehebatan.

22. Berterusan mencari ilmu ttg agama, rumahtangga, dll

23. Sentiasa doa mendoakan pasangan secara positif.

24. Sentiasa hantar gelombang & aura positif kpd pasangan.

25. Overhaul diri agar jadi org baru yg Allah redha & pasangan syg.

26. Sentiasa fokus kpd memberi khidmat terbaik kpd pasangan & bkn sekadar mengharap bantuan drpnya.

27. Azam utk sama2 masuk syurga.

28. Hormati & sayangi keluarga pasangan spt kel sendiri.

29. Cari org tengah bila gagal rungkaikan konflik.

30. Sentiasa bertawakkal kpd Allah. Keluarga bahagia adalah HAK kita semua. Moga Allah rahmati & lindungi keluarga kita semua.
Aamiin, Wassalam.

Friday, January 17, 2014

Doa Hari Jumaat...


assalamualaikum... 

sempena hari Jumaat yang mulia ini marilah sama-sama kita berdoa 
"Ya Allah.. dihari Jumaat yang mulia ini, ampunilah dosa2ku... dosa2 ibubapaku, saudara2ku, sahabat2ku dan seluruh ahli keluargaku... tunjukanlah kami jalan yang benar, berkatilah kehidupan kami dunia akhirat... aminnn..."






Tuesday, January 14, 2014

Doa supaya diri dan anak rajin solat...


Doa supaya diri dan anak rajin solat... Amalkan doa ini di setiap hari anda...

Wednesday, January 8, 2014

Doa sakit angin ahmar @ strok....


Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Jika anda, keluarga anda atau kenalan anda menghidap sakit angin ahmar atau strok, bolehlah baca doa ini bersama-sama dengan rawatan dan terapi yang diambil. Insya-Allah dengan usaha dan tawakal, sakit tersebut akan berkurangan.







sumber FB :Anugerah









Tuesday, January 7, 2014

Hafiz ke Tahun 1 2014

Majlis Suaikenal Murid Tahun 1 2014
Sekolah Kebangsaan Datuk Tambichik Karim


gambar semasa pendaftaran murid... muka Hafiz macam takut-takut...

Guru Besar SKDTK berucap

Pengerusi Majlis pada aritu... bukan main semangat badan... 
jangan mare yer cikgu...

Antara  ibu bapa pelajar yang hadir... terselit juga muka...

Hafiz semasa di kelas... time ni tengah buat ujian menentu kelas..

ni la kertas ujian dia orang...

sementara anak2 menjawab soalan di kelas para ibubapa pula ke bilik buku teks ambik buku teks anak masing2... sampai bawah orang beratur...

suasana ni Kedai Buku,... malas nak beratur.. ari pertama sekolah baru beli buku kat Hafiz ngan kakaknya...

Hari pertama persekolahan 02.01.14... masa ni nak tentukan kembali kelas murid2... Hafiz barisan tengah.. dia memang tak suka bergambar...



time rehat si ayah temankan anaknya makan... sib baik ayah ada.. ayahnya kerja malam.. boleh  tolong tengok2kan...


“Ya Allah ya Tuhanku.. berikanlah anak2ku, Nuraini , Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram… kekuatan serta semangat dalam menempuh hari-hari yang mendatang.. berikanlah ketenangan hati, ketajaman fikiran serta ketepatan dalam membuat setiap keputusan… permudahkanlah urusan hidup mereka dan jauhkanlah diri mereka dari sebarang kemudharatan, kelalaian dan kealpaan duniawi… Jadikanlah anak2ku Nuraini , Muhammad Hafiz & Muhammad Iqram insan yang berjaya serta yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah juga mereka hambaMu yang solehah dah soleh dan bersyukur... kepadaMu aku berserah dan kepadaMu juga aku memohon pertolongan... aminn ya rabbal alamin...




** arini dah ari ke 4 persekolah... baru ada kesempatan nak upload gambar... lantaran kesibukan penutupan akaun tahun 2013...











Friday, January 3, 2014

Tentang Kuku

Perkara kuku anda boleh beritahu mengenai kesihatan anda


Anda menghabiskan begitu banyak masa memotong, membentuk, buffing, dan mewarna kuku anda, tetapi anda mungkin tidak menghabiskan banyak masa untuk memeriksa mereka, dan ini bermakna anda mungkin tidak perasan bulatan kecil, jalur, atau warna ganjil yang boleh menunjukkan bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan badan anda.

Periksalah kuku anda untuk memeriksa keabnormalan berikut boleh membantu anda melihat tanda-tanda amaran awal seperti berikut:

Kuku pucat
Jika bahagian bawah kuku anda kelihatan pucat seperti hantu, anda mungkin mempunyai anemia, gangguan darah yang disebabkan kekurangan darah merah. Anemia terjadi akibat tahap rendah besi boleh menyebabkan oksigen tidak mencukupi dalam darah, yang menyebabkan kulit dan tisu menjadi pucat, terutamanya tisu di bahagian bawah kuku. Pastikan anda memakan sumber yang baik daripada besi, termasuk sayur-sayuran berdaun hijau, kacang, dan daging merah, untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

Lebih serius, kuku pucat juga boleh menjadi tanda diabetes awal atau penyakit hati, yang membawa kepada aliran darah terjejas. Jadi, elakkan makanan yang diproses dengan gula ditapis dan karbohidrat, dan makan lebih banyak serat , sayur-sayuran, dan bijirin penuh. Ini akan membantu untuk menstabilkan paras gula darah dan menghadkan kerosakan peredaran darah yang disebabkan oleh paras gula yang tidak terkawal.

Kekuningan atau menebal
Kuku kuning sudah tentu tidak kelihatan cantik , dan apa yang menyebabkan ia brlaku adalah lebih menjelekkan. Kuku yang menebal, dengan atau tanpa warna kuning merupakan ciri jangkitan kulat. Mengikut satu sumber, ubat topikal tidak membantu sangat kerana jangkitan berlaku pada bahagian bawah kuku dan plat kuku asas.

Garisan Gelap
Garisan menegak hitam atau gelap pada kuku sangatlah tidak boleh diabaikan. Ini kerana ia boleh menjadi tanda ciri melanoma, yang mana memerlukan pengesanan awal dan rawatan. Biarkan kuku anda telanjang tanpa memakai apa-apa supaya cahaya matahari dapat menembusi kuku anda. Pemakaian pengilat kuku akan memberi halangan untuk mendapatkan cahaya matahari yang mencukupi.

Kuku rapuh, nipis atau tercabut
Kuku yang retak boleh mengecewakan, tetapi jika ia retak jika tersentuh sedikit, ia mungkin bermakna tiroid. Kelenjar di leher anda berfungsi untuk mengawal metabolisme, tenaga dan pertumbuhan, namun disebabkan hormon tiroid terlalu sedikit, jadi ia sering membawa kepada keguguran rambut, kuku rapuh dan nipis serta kuku yang tumbuh dalam kadar perlahan.

Gangguan tiroid juga akan menyebabkan kuku anda tercabut kerana berlakunya peningkatan dalam hormon tiroid yang mana boleh mempercepatkan perolehan sel. Sekiranya anda mengalami simptom-simptom kuku yang rapuh, nipis, lambat tumbuh, jumpa doktor anda secepat yang mungkin untuk ujian darah yang mudah yang boleh menyemak gangguan tiroid, kerana ia boleh dirawat dengan ubat-ubatan.

Garisan putih
Garisan putih mendatar yang meliputi keseluruhan kuku secara berpasangan dan muncul pada lebih daripada satu kuku dipanggil garisan Muehrcke ini. Ini boleh menjadi petanda penyakit buah pinggang, hati yang tidak normal, atau kekurangan protein dan nutrien lain. Mengikut satu sumber, ia dipercayai disebabkan oleh gangguan bekalan darah ke kuku kerana penyakit yang tidak pesakit tidak sedar.

Namun, terdapat juga tanda mendatar pendek putih yang kebanyakkan daripada kita mengalaminya. Jangan risau kerana kebiasaannya akan hilang dengan sendiri.

Kuku berwarna biru pucat
Muka berwarna biru adalah satu petunjuk yang jelas bahawa seseorang itu kekurangan aliran udara, dan kuku biru bermakna perkara yang sama- anda tidak mendapat oksigen yang mencukupi ke hujung jari anda. Ini boleh disebabkan oleh penyakit pernafasan atau masalah vaskular dipanggil Penyakit 'Raynaud', yang merupakan gangguan saluran darah yang jarang berlaku. Sesetengah orang mempunyai peredaran darah yang lebih perlahan, terutamanya apabila terdedah kepada suhu sejuk. Oleh itu, anda dinasihatkan memeriksa tahap darah dan oksigen anda jika kuku anda terus berfungsi biru kepada doktor.














JADUAL HARI PELEPASAN AM TAHUN 2014





















Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...