Suka Entry Di Sini???

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri ke 4... rindu tak terkata...


Assalamualaikum....

Hari ni hari ke 4 Aidilfitri.... hari ke 2 di opis... dan seawal pagi aku sudah bersiap2 ke opis... seperti semalam arini tenang sekali sepanjang perjalanan... keta x banyak... clear saja jalan... laju saja memecut... selalunya ambik 1 jam perjalan.. tapi arini 1/2 jam dah sampai opis... mungkin orang2 lain masih lagi bercuti dan dalam mood raya.... ikutkan ari isnin ni baru naik kerja.. sebab malas nak dok kat rumah jadi lebih baik masuk opis... tenang sikit jiwa...dapat la melayan jiwa yang tengah sedih ni..

Tahun ni merupakan tahun ke dua Aidilfitri tanpa "emak"... tahun ke 8 tanpa "pak"... mood nak sambut hari raya pun tak ada... rindu sangat2 pada aruah2.... kenangkan anak2 layan jugalah kehendak2 mereka... nak itu dan ini... janji dia orang gembira... KUIH... sebut pasal kuih.. sama juga macam tahun sudah x byk pun buat..  hanya sejenis dua sahaja... beli pun tak... kuih2 lain pandai2lah ipar duai yang uruskan... senang cakap... tiada apa2 persiapan pun yang dibuat kecuali baju2 anak2... memandang tinggal di rumah pusaka.... jadi rumah jadi tumpuan adik beradik sebelah husband berkumpul beramai2.. terutama di hari raya... riuh rendah rumah tu dibuatnya... macam nak roboh rumah dibuatnya budak2 ni... apa2pun aidilfitri ni anak2 yang seronok meraikannya...



Walaupun muka terukir senyum.... dalam hati tiada siapa yang tahu...hanya ALLAH mengetahuinya betapa rindunya pada mereka... hanya doa dapat kutitipkan buatmu mak dan pak....tanpa kalian hidupku terasa kosong... tiada lagi tempat nak mengadu.... tiada lagi kedengar suara di corong2 telefon... rindu serindu-rindunya.... andai dapat diputarkan waktu.....inginku sentiasa disamping mereka... membahagiakan mereka...tapi apa kan daya ALLAH lebih menyayangi mereka... semoga roh kedua ibu bapaku ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... al-fatihan... amiinnn...









Doa kebahagiaan keluarga..


Allah jadikan lelaki & perempuan SAMA HEBAT tapi tak serupa. Ada kalanya Allah lebihkan kpd lelaki & ada kalanya Allah lebihkan wanita. 

Spt kata Wali Allah, Rabiatul Adawiyah: 

"Allah jadikan lelaki dgn 9 akal & 1 emosi (atau nafsu) manakala wanita di jadikan dgn 1 akal & 9 emosi."

Allah berfirman: 

"Lelaki di jadikan utk menjadi pemimpin kpd wanita, tapi SYURGA LELAKI DI BWH TELAPAK KAKI WANITA (IBUNYA), manakala SYURGA WANITA DI BAWAH REDHA SUAMINYA" (hadis). 


Allah cipta lelaki utk "memandang jauh tapi sempit" utk dpt jadi pemimpin berwawasan & wanita di cipta utk "memandang dekat tapi menyeluruh" agar jadi TELITI & dpt mendidik anak & menjaga keluarga dgn sempurna.

Hakikatnya lelaki tak sempurna tanpa wanita & begitu juga sebaliknya.
 

Mohon shbt semua jgn berbalah ttg siapa yg lebih hebat di antara lelaki & wanita.

Moga Allah rahmati kita semua. Aamiin, wassalam.


 
fb : Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah



Tuesday, July 29, 2014

Salam Aidilfitri...

Friday, July 25, 2014

Ramadhan kali ini....





Assalamualaikum… dan salam Jumaat..

Dalam sedar atau tidak bulan Ramadhan yang mulia ini bakal melabuhkan tirainya meninggalkan kita…… kurang 3 hari sahaja lagi bulan Syawal akan menjelang… sedihnya hati ini tak terkata… Ramadhan satu bulan yang cukup2 istimewa.. banyak ganjaran yang dapat kita perolehi di bulan yang mulia ini… Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelum2 ini…


Semoga kita dipanjangkan umur dan dipertemukan kembali dengan Ramadhan yang akan datang.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN….










Monday, July 21, 2014

"Carilah malam Lailatulqadar pada 10 malam terakhir"




Doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada Saiditina Aisyah sekiranya berjumpa dengan LailatulQadr.

"Ya ALLAH...Sesungguhnya ENGKAU maha pengampun...ENGKAU suka memberi pengampunan...maka ampunkanlah aku..."
- Hadis Riwayat At-Tirmidzi















Thursday, July 17, 2014

Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....



Saya baru sahaja muat turun Ebook Percuma, "Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom".

Ebook ini mengisahkan pengalaman hidup seorang anak kampong yang kurang cemerlang dalam pelajarannya di sekolah rendah, kemudian bangkit semula dan terus berusaha sehingga akhirnya beliau menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Ebook ini ditulis dalam bentuk cerita. Penceritaan dari kehidupan penulis di sekolah rendah, kemudian ke SMKA Al Mashoor (L) sebelum ke MRSM Taiping. Kemudian penulis menceritakan kehidupan beliau semasa belajar di Kolej Mara Banting sebelum ke United Kingdom.

Ebook ini setebal 68 muka surat dan boleh di download secara PERCUMA.

Kalau anda berminat muat turun, anda boleh dapatkannya di : www.pelajarcemerlang.com

Semoga bermanfaat.


** Part ni yang saya paling suka.. mungkin boleh diberi motivasi untuk diri sendiri dan anak2…



NASIHAT SEORANG GURU..

“Sebenarnya macam ni. Saya nak kamu semua faham. Kamu hanya akan belajar di sekolah dan universiti dalam tempoh 10 tahun saja lagi. Kalau nak susah untuk baca buku pun, dalam 10 tahun ini sajalah. Kalau nak belajar rajin-rajin pun, 10
tahun ini sajalah. Lepas tu kamu tak payah belajar di sekolah atau universiti lagi dah.

Tapi kamu sedar tak, kalau kamu belajar betul-betul sekarang ni, kamu akan dapat keputusan yang baik. Nanti kamu akan dapat pekerjaan yang baik-baik. Dapat gaji yang besar. Kamu akan hidup senang lagi 40 tahun.Tapi, kalau kamu main-main dalam tempoh 10 tahun ni, keputusan peperiksaan kamu tak bagus, kamu akan susah mendapat pekerjaan. Gaji kamu pun rendah nanti. Kesannya, kamu mungkin akan hidup susah selama 40 tahun lagi.”

“Jadi, saya nak nasihatkan kamu. Belajarlah bersungguh-sungguh sekarang ni. Korbankan ‘keseronokan’ kamu untuk 10 tahun ini. Insya Allah. Kamu akan hidup senang selepas itu.”










ANDA SEBENARNYA TIDAK ADA MASALAH....




Assalamualaikum... dan salam sejahtera… 

semoga hidup kita sentiasa diberkatiNYA… dan Allah mempermudahkan segala urusan kita pada hari ini….

Arini datang mood nak blogwalking.. dari satu blog ke satu blog membaca cerita kawan2… dalam byk2 blog ntah blog mana ternampaklah gambar ni… macam menarik untuk dikongsi.... kepada empunya gambar… saya mohon izin yer nak sharekan gambar ni…







Hiduplah dengan riang gembira dengan penuh keyakinan diri !
Jangan fikirkan tentang masalah yang bukan milik anda!
Tetapi jadikan masalah sebagai motivasi untuk meningkatkan
keupayaan diri sendiri!....















Tuesday, July 15, 2014

G. A Syoknya Ramadhan Datang Lagi 2014 by Tea & Coffee Lover




tarikh tamat : 29.07.2014


11 Hadiah istimewa untuk dimenangi
Duit Raya untuk Top Referral









Friday, July 11, 2014

Untuk Renungan Bersama...


assalamualaikum dan Salam Jumaat...




share dari fb :Islam Itu Indah

Untuk Renungan Bersama - Please Share

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
 

[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

via Bibi Intan Suraya Murat www.facebook.com/bibiintansuraya.murat










Wednesday, July 9, 2014

Doa hilangkan stress dan tekanan....


Assalamualaikum.. dan selamat pagi....

Semoga hari ini lebih baik dari semalam dan hidup ini lebih diberkatiNya....
















Tuesday, July 1, 2014

kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat


assalamualaikum... dan selamat pagi... pagi ni saya nak kogsikan satu cerita menarik yang saya ambik dari blog The Vocket.... jom kita baca....
 

Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’ Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini. Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy! ****

Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid. Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid. Rumah agam besar dan menarik. Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq. Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu. Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu. Saya minta formula. Dia berikan 15. 
Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?

#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.

#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat. Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.

#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.

#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,

“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
 

Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa dia iktikaf dan baca Al Quran.

#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki tua ini lagi:

#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir. Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang. Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk. Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..

#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok hari.

#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)

#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit. Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita maafkan semua orang.

#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.

#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau. Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit kita cerita. Ada barang kita jual.

#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.

#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.

*** (Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti. Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga. Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala) ***

#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal. Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.

#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.

#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita, habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.

Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah. Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga”

#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur. Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah. Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.

Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya, bayangkan nikmat di syurga.

#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat. Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman. Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun, jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat at Tirmizi)

#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.

#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari. Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada segala Raja.









Fruity Plum Heart
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...